Cara guna iMEGAFIT Business Kit, langkah demi langkah
Untuk coach dan Co-Coach. Setiap langkah ada gambar skrin app. Baca sekali, lebih kurang 15 minit.
Simpan link ni: jr.imegafit.com/panduan
Kemas kini 26 September 2026
1. Gambaran 2 minit
Satu app, dua pintu. Buka jr.imegafit.com di telefon. Tekan "Install app ke home screen", ikut cara yang keluar.
Saya Coach: login guna ID Herbalife dan password iMEGAFIT. Coach urus closing, QR, team Co-Coach, order dan profit.
Saya Co-Coach: login guna kod JR dan nombor telefon. Co-Coach bawa peserta dan buat content dengan AI Kit.
Prospek: buka link landing. Tiada login.
Peserta: guna app iMEGAFIT di imegafit.com. Program 21 hari.
Rule pertama: tiada Co-Coach tanpa coach. Co-Coach daftar guna link coach sahaja. Tanpa link, form daftar tak buka.
Muka depan app. Pilih pintu Coach atau Co-Coach.
Aliran duit: satu peserta, 6 langkah
1. Co-CoachHantar link landing kepada prospek yang dah kata nak.
2. PesertaIsi form, payment ke QR coach, upload resit.
3. Coach SahTab Closing. Semak resit, tekan "Sah bayaran".
4. Coach orderOrder produk atas ID Herbalife Co-Coach. Isi no order.
5. Masuk seasonCoach tekan "Masuk season". Peserta masuk app iMEGAFIT.
6. Bayar profitLepas 3hb bulan berikutnya. Coach transfer profit Co-Coach.
Co-Coach tak pegang duit. Semua payment masuk QR coach. Tiada potongan RM65 dari profit. Co-Coach bayar modal ID Herbalife terus kepada Herbalife.
Harga pakej dan profit Co-Coach tahap 25%, setiap peserta:
Negara
Basic
Advance
🇲🇾 Malaysia
RM250 Profit RM40
RM430 Profit RM83
🇸🇬 Singapore
S$114 Profit S$21.03
S$191 Profit S$38.62
🇮🇩 Indonesia
Rp 800.000 Profit Rp 92.000
Rp 1.355.000 Profit Rp 233.000
Profit ikut negara prospek: RM, S$ atau Rp. Co-Coach dah 35% atau 42%? Coach set "Tahap" di tab Pasukan. Profit peserta baru ikut tahap tu. Angka Indonesia sementara.
Tarikh sama setiap bulan
Tarikh
Apa jadi
3hb
Coach bayar profit Co-Coach.
6hb
Hari akhir kemasukan. Masuk group 8.30 malam.
7hb
Timbang, ukur, gambar awal.
8hb
Briefing meal plan.
9hb hingga 29hb
Diet 21 hari. Cleansing 27hb hingga 29hb, pilihan.
30hb
Timbang akhir dan report card.
Daftar sampai 6hb, masuk season bulan ni. Lepas 6hb, masuk season bulan depan. Landing, WhatsApp dan tab Closing guna tarikh yang sama.
2. Untuk coach: 5 langkah
1Login coach
Buka jr.imegafit.com/coach. Isi ID Herbalife dan password iMEGAFIT. Tekan "Masuk".
Akaun sama dengan app iMEGAFIT. Belum ada akaun coach? Daftar di app iMEGAFIT dulu.
5 tab di bawah skrin:
Pasukan: Co-Coach, order dan profit.
Closing: semua peserta dari link coach dan Co-Coach.
QR & Bank: QR payment, negara team, link Herbalife.
Link: link daftar Co-Coach dan landing untuk post.
Kit: Business AI Kit.
Tab Kit coach: Kit sama dengan Co-Coach, tambah 3 kerja khas coach. Sambut Co-Coach baru, mesej team setiap Isnin, follow up Co-Coach senyap. Profil Kit dan had ✨ coach berasingan. Cara guna ada di bahagian 4.
Install: tambah app ke home screen. iPhone: buka di Safari, tekan Share, lepas tu Add to Home Screen. Android: buka di Chrome, tekan menu ⋮, lepas tu Add to Home screen atau Install app.
jr.imegafit.com/coach. Login guna akaun iMEGAFIT.Tab Kit coach. 9 AI agent, sama dengan Co-Coach.
2Setting QR & Bank. Buat ni dulu.
Semua peserta, dari coach atau Co-Coach, terus payment ke QR coach.
Upload QR DuitNow. Isi nama bank, no akaun dan nama pemilik. Tekan "Simpan QR".
Negara team saya: default ikut ID Herbalife anda. Team di negara lain? Pilih negara tu.
Link, pakej dan currency Co-Coach baru ikut negara ni. Tukar negara, QR dan bank ikut pindah.
Contact team ikut negara: nama dan WhatsApp yang Co-Coach negara tu nampak. Kosong? Co-Coach nampak akaun anda.
Akaun untuk prospek negara lain: isi akaun negara lain kalau ada. Kosong? Prospek negara tu nampak akaun bank utama anda, tanpa QR.
Belum upload QR? Prospek masih boleh isi form, tapi tak boleh terus payment. Coach kena WhatsApp cara payment.
Tab QR & Bank. Negara team, contact, link Herbalife dan QR payment.
3Hantar link daftar kepada yang dah setuju
Buka tab Link. Pilih negara dulu, baru copy link.
Link daftar Co-Coach: ada QR. Hantar hanya kepada orang yang dah setuju jadi Co-Coach. Link ni ikat dia di bawah anda.
Negara Co-Coach ikut link yang dia guna masa daftar.
Landing /kit: untuk post, atau untuk orang yang baru nak faham. Butang "Ya" dalam landing bawa terus ke form daftar bawah anda.
Panduan: hantar link panduan ni kepada setiap Co-Coach baru.
Tab Link. Link daftar dengan QR, landing /kit dan panduan.
4Daftar ID Herbalife Co-Coach baru
Co-Coach yang baru daftar masuk tab Pasukan dengan status Menunggu ID.
Malaysia: Co-Coach daftar ID sendiri guna link coach. Terus di bawah coach.
Ambil link QR Invitation dari myHerbalife. Paste di tab QR & Bank, tekan "Simpan link". Sekali sahaja.
Belum paste link? Tab Pasukan keluar peringatan kuning dengan butang "Paste sekarang".
Singapore dan Indonesia: tiada link. Co-Coach WhatsApp coach, coach daftarkan ID.
Setiap orang daftar ikut Herbalife negara sendiri.
Co-Coach hantar ID? Tekan "Daftar ID" di tab Pasukan, isi ID dia.
Status jadi Aktif · 25%. Semua tab Co-Coach terus buka.
Tab Pasukan. Satu kad untuk setiap Co-Coach.
5Urus team setiap bulan
Setiap Co-Coach ada satu kad: kod, status, tahap, leads, peserta dan margin. Butang keluar ikut keadaan.
Butang
Bila tekan
Apa jadi
Daftar ID
Co-Coach dah hantar ID Herbalife.
Isi ID dia. Status jadi Aktif.
Tahap 25%
Co-Coach dah naik 35%, 42% atau 50%.
Tulis tahap baru. Profit peserta baru ikut tahap tu.
Pesanan dibuat
Lepas order produk untuk semua peserta Sah Co-Coach tu.
Isi no order myHerbalife. Status jadi Dipesan.
Masuk season
Peserta dah Sah atau Dipesan.
Peserta masuk app iMEGAFIT. Kod peserta keluar.
Bayar profit
Lepas 3hb, bila dah transfer profit.
Isi rujukan transfer. Status jadi Profit dibayar.
Satu no order untuk semua peserta Sah bulan tu. Angka atas: Co-Coach, peserta sah, kutipan dan margin ikut currency. Team lebih dari satu negara? Keluar filter negara.
Coach nampak jumlah leads sahaja. Senarai leads milik Co-Coach.
Kad Co-Coach. Peserta, status dan butang.
Rutin coach: setiap hari 10 minit di tab Closing, filter "Perlu tindakan". Semak resit, tekan "Sah bayaran". Filter "Belum pos" untuk pos kit. Lepas 6hb, tekan "Pesanan dibuat" dan "Masuk season". Lepas 3hb, tekan "Bayar profit".
🧾 Tab Closing: closing peserta
Setiap coach ada link closing sendiri. Contoh: daftar.imegafit.com/MY123456
Lead kata nak? Tab Closing, tekan "Salin mesej". Ayat dan link dah siap. Jangan jadikan mesej pertama.
Prospek baca penerangan penuh. Harga keluar di hujung. Dia pilih pakej, isi details dan alamat pos, terus payment ke QR coach.
Satu peserta, 6 langkah. Semua dalam satu kad.
Semak resit, tekan "Sah bayaran".
Tekan "WhatsApp". Ayat keluar ikut status peserta.
Tekan "Salin untuk iMEGAFIT", paste dalam app iMEGAFIT. Format sama dengan template tambah peserta.
Tekan "Tanda dah masuk iMEGAFIT".
Tekan "Salin alamat pos", pos kit.
Tekan "Tanda kit dipos", isi tracking.
Ingat:
Resit salah? Tekan "Tolak", tulis sebab. WhatsApp peserta.
Tersilap Sah? Tekan "Batal sah" selagi belum masuk iMEGAFIT dan belum pos.
Double atau test? Tekan "Buang", tulis sebab. Peserta yang dah Sah tak boleh dibuang.
Resit masuk lewat WhatsApp? Tekan "Sah bayaran" juga.
Ada nota kesihatan? Keluar kotak merah. Baca dulu sebelum pos kit.
Peserta dari Co-Coach ada label "melalui Co-Coach". Lepas Sah, dia terus masuk tab Pasukan.
Postage, iMEGAFIT dan WhatsApp peserta tetap kerja coach.
Profit coach keluar dalam tab ni, untuk coach sahaja. Sabah, Sarawak dan Labuan tambah RM10 postage, dibayar peserta. Link closing buka bila langganan Kit aktif. Tab Closing tetap buka walaupun langganan tamat.
Tab Closing. Link, filter dan kad peserta. Data contoh.
3. Untuk Co-Coach: daftar sampai peserta pertama
Co-Coach ialah member Herbalife baru, tahap 25%, di bawah coach. Co-Coach bawa peserta. Coach urus produk dan payment.
1Daftar guna link coach
Buka link daftar yang coach beri. Isi nama penuh, negara, telefon WhatsApp dan niche. Tick persetujuan. Tekan "Daftar".
Persetujuan: order produk untuk peserta anda dibuat atas ID Herbalife anda.
Anda sebenarnya coach iMEGAFIT? Form tanya "Anda coach iMEGAFIT?". Tekan "Masuk pintu Coach". Coach tak perlu daftar Co-Coach.
Form daftar Co-Coach. Siap dalam 1 minit.
2Login guna kod dan telefon
Buka jr.imegafit.com/jr. Isi kod Co-Coach dan nombor telefon yang didaftar. Tekan "Masuk".
Kod bermula dengan JR. Lupa kod? Tanya coach. Kod ada dalam tab Pasukan coach.
Tab di bawah skrin: Utama, Leads, Peserta, Kit.
Login di telefon lain, telefon lama keluar sendiri.
Bahasa ikut negara. Singapore English, Indonesia Bahasa Indonesia.
jr.imegafit.com/jr. Login guna kod JR dan telefon.
3Menunggu ID sampai Aktif
Lepas daftar, status Menunggu ID. Skrin ni tunjuk langkah daftar ID sahaja.
Malaysia: tekan "Daftar ID Herbalife sekarang". Link ni dari coach, jadi anda terus di bawah coach. Buka di telefon lain? Scan QR.
Dapat ID? Tekan "Hantar ID kepada coach".
Tiada butang daftar? Coach belum simpan link. Tekan "Minta link daftar daripada coach".
Singapore dan Indonesia: tekan "WhatsApp coach untuk daftar ID". Coach daftarkan ID untuk anda.
Modal ID Herbalife sekali sahaja. Malaysia RM65, Singapore HWP $59, Indonesia HMP Rp 635.000. Bayar terus kepada Herbalife.
Coach tekan "Daftar ID". Status jadi Aktif, tahap 25%. Semua tab terus buka.
Belum Aktif, belum boleh guna. Leads, Peserta dan Kit buka lepas coach verify ID Herbalife anda.
Skrin Menunggu ID Malaysia. Langkah 1 daftar ID, Langkah 2 hantar ID kepada coach.
4Tab Utama: link landing dan QR anda
Tiga angka: peserta sah, margin anggaran bulan ni, berapa hari lagi ke 3hb.
Link landing:jr.imegafit.com/s/KOD. Hantar di WhatsApp lepas berbual, kepada yang dah nak join.
Landing tunjuk nama, gambar dan WhatsApp anda di atas. Payment tetap masuk QR coach.
Upload gambar muka yang jelas untuk landing.
Prospek luar negara? Pilih negara prospek dulu. Harga, akaun dan profit ikut negara tu.
Tekan "Salin link" atau "Kongsi". Nak tengok dulu? Tekan "Lihat landing anda".
Bayaran profit: bulan, jumlah dan rujukan setiap transfer dari coach.
Langganan Kit tak aktif? Landing tutup dan keluar amaran merah di sini.
Tab Utama Co-Coach. Angka bulan ni, link dengan QR dan bayaran profit.
5Tab Leads: prospek anda sendiri
Link leads:jr.imegafit.com/l/KOD. Letak di bio, atau hantar kepada yang komen keyword. Tiada harga.
Prospek isi nama, jantina, telefon, umur, lokasi, berat, tinggi dan target. Terus masuk senarai.
Tekan nama: BMI, BMR, target kalori, berat ideal dan lebihan berat.
Tekan "WhatsApp". Mesej pertama dah siap dengan info dia.
Dah join? Tekan "Converted".
Nombor sama isi dua kali, rekod lama update sendiri. Coach nampak jumlah leads sahaja. Senarai leads milik anda.
Tab Leads. Tekan nama untuk kiraan dan WhatsApp.
Form leads yang prospek nampak. Tiada harga.Pakej, QR coach dan upload resit. Payment masuk akaun coach.
6Tab Peserta: siapa dah bayar bulan ni
Dalam proses: prospek yang isi form di landing anda, tapi belum Sah.
Belum bayar? Tekan "WhatsApp" untuk follow up.
Peserta bulan ni: nama, pakej, status dan margin.
Status ikut kerja coach: Menunggu sahSahDipesanMasuk seasonProfit dibayar
Warna status sama di app coach dan app Co-Coach. Peserta dah bayar tapi tak naik? Dia dalam "Dalam proses" sampai coach tekan "Sah bayaran".
Tab Peserta. Status dan margin setiap peserta.
Laluan prospek: dari komen sampai Sah
1. KomenProspek komen keyword di post.
2. DMTanya target dulu. Link kemudian.
3. Link leadsDia isi form. Masuk tab Leads.
4. WhatsAppFollow up 48 jam, hari 3, hari 7.
5. Link landingBila dia kata nak. Payment ke QR coach.
6. Coach SahMasuk season. Profit lepas 3hb.
Link leads /l/KOD: letak di bio. Untuk orang yang baru berminat.
Link landing /s/KOD: hantar di WhatsApp lepas berbual. Untuk yang dah nak join.
App Co-Coach: install di home screen. Kerja harian: leads, peserta, Kit.
TUAH untuk recruiting buka bila anda jadi coach. Sekarang fokus bina customer base.
Rutin Co-Coach
Setiap hari, 30 hingga 45 minit
Story 5 slide.
5 komen di akaun niche.
Satu post ikut kalendar.
Balas komen keyword dalam 1 jam.
WhatsApp lead baru dalam 48 jam.
Setiap minggu
3 post leads dan 2 post reach.
1 carousel dan 1 video.
2 hingga 3 live bila akaun layak.
Ahad: baca Insights, hantar report kepada coach.
Plan minggu depan dengan MINHO.
Follow up yang belum bayar.
Post pukul 7 hingga 9 malam. Post reach dan post jualan jangan campur.
4. Business AI Kit: tab Kit
Content, DM, WhatsApp, Live dan rekrut. Tekan, copy, paste, post. Orang yang tak pernah buat content pun boleh mula hari ni.
9 AI agent. 33 kerja untuk Co-Coach, 44 untuk coach.
300 idea topik, 30 gaya carousel, 50 formula viral.
100 tajuk TikTok Live, 100 idea rekrut.
Butang "✨ Tulis untuk saya" tulis terus dalam app.
🎯 COI: template WhatsApp untuk keluarga, kawan, rakan pejabat dan kawan lama.
Langganan Kit mula Ahad 27 Sep 2026. Untuk coach dan Co-Coach.
Coach, resit sampai 30 Sep, 11:59 malam waktu Malaysia: RM10 dengan AI, 30 hari.
Coach, mula 1 Okt dan setiap kali sambung: pilih RM10 tanpa AI atau RM25 dengan AI.
Co-Coach: RM10 dengan AI, 30 hari.
AI ✨ boleh guna 10 kali sehari.
Pelan tanpa AI: semua agent tetap nampak. Tekan "Salin arahan", paste dalam ChatGPT atau Claude anda.
Dah ambil RM10 tanpa AI? Naik taraf RM15 di atas tab Kit. AI buka untuk baki hari.
Di tab Kit: pilih pelan, scan QR atau transfer ke akaun bank, upload resit. Kit terus buka sementara Mila semak.
30 hari dikira dari hari hantar resit. Setiap orang ada tarikh sendiri.
Sambung awal pun tak rugi. Hari baru mula lepas tarikh tamat. Baki hari keluar di atas tab Kit.
Tanpa langganan: Kit dan landing tutup. Closing, Pasukan, Leads dan Peserta tetap jalan.
Atas tab Kit
Kotak Kit dengan 9 AI agent.
3 chip: Profil, Otak AI, Post pertama. Tekan chip untuk terus ke langkah tu.
Kotak carian. Taip harga, WhatsApp, plateau atau beg biru.
Setiap bahagian ialah panel. Tekan tajuk untuk buka atau tutup. Satu panel buka pada satu masa.
Profil belum siap? Panel Profil buka dulu. Dah siap? Pasukan AI buka dulu.
Atas tab Kit. 9 AI agent, 3 chip dan carian.
1Profil: isi sekali, 2 minit
Semua kerja ✨ guna profil ni. Profil simpan dalam akaun, jadi telefon lain pun sama.
Kotak
Untuk apa
Nama panggilan anda
AI tulis guna nama anda.
Saya nak bantu siapa?
Target anda. Pilih satu: ibu bekerja, lepas bersalin, kerja shift, wanita 35+ atau lelaki 30+.
Satu orang yang saya sasar
Terisi sendiri ikut target. Boleh ubah.
Keyword komen
Untuk CTA post leads. Contoh MULA.
Platform utama
Threads, Instagram, TikTok atau Facebook. Format ikut platform.
Keyword rekrut untuk post TUAH
Coach sahaja. Untuk post cari Co-Coach. Contoh KIT.
3 fakta tentang saya
Kerja, rutin dan perubahan anda. AI guna fakta ni sahaja untuk cerita peribadi.
Bahasa content
Melayu santai, Manglish, BM profesional, Bahasa Indonesia atau English.
Siap isi, tekan "Simpan profil".
Ingat: jangan tukar target dan keyword selama 30 hari.
Form profil. Isi kali pertama.Lepas simpan. Tekan "Ubah profil" untuk tukar.
2Otak AI: pasang sekali, 3 minit
Pilihan, tak wajib. Otak AI ni satu arahan panjang untuk ChatGPT, Claude atau Gemini. Dia ajar AI tulis cara kita. Tiada harga, tiada nama produk.
Tekan "Salin otak AI".
Paste dalam akaun AI anda sendiri. Tempat paste ada dalam jadual bawah.
Tekan "Salin profil saya". Hantar sebagai mesej pertama. Tick "Dah pasang".
AI
Tempat paste
ChatGPT
Buka Explore GPTs, tekan Create, lepas tu Configure. Paste dalam kotak Instructions. Tekan Save, pilih Only me.
Claude
Buka Projects, tekan New project. Paste dalam Set project instructions.
Gemini
Buka Gems, tekan New gem. Paste dalam kotak Instructions.
Test: minta 5 hook. Keluar nama produk atau harga? Belum pasang betul.
Tak nak pasang pun boleh. Setiap kerja ada butang ✨ yang tulis terus dalam app.
Otak AI dalam 3 langkah.
3Pasukan AI: 9 agent
Tekan agent, pilih kerja, tekan ✨. Tak tahu mula mana? Tekan NEO, pilih "Post Threads".
Agent
Kerja
NEO Content
Threads, carousel, story, caption.
BRENDA Hook & Video
Hook, skrip video, formula viral.
THOMAS Live
Skrip TikTok Live 30 minit, soalan teknikal live.
TERESA DM
Balas komen, soalan harga, "mahal", "nanti dulu".
NEWT WhatsApp
Lead baru, follow up, lepas bayar.
MINHO Planner
Plan minggu depan, repurpose post.
LUCY Visual
Prompt gambar untuk NH Studio.
GALLY Check
Semak post 12 item sebelum post.
TUAH Rekrut
Coach sahaja. Post dan DM untuk cari Co-Coach. Untuk Co-Coach, TUAH 🔒 sampai jadi coach.
"Lagi kerja" bawah setiap agent buka kerja tambahan. App ingat agent terakhir anda buka.
TUAH untuk coach, cara cari Co-Coach: minggu 1 hingga 4, bina dulu, tiada jemputan. Mula minggu 5, 1 dalam 5 post jadi jemputan. CTA komen keyword, link hantar dalam DM. Tiada janji income. Wajib tulis penafian.
9 agent. Tekan satu.TERESA dibuka. Kerja untuk DM.
Hasil keluar dalam app, baris demi baris. Post pendek 10 hingga 30 saat. Skrip live 1 hingga 2 minit.
Tekan "Salin hasil". Ubah satu ayat jadi ayat sendiri, baru post.
Nak versi baru? Tekan "Versi lain".
Had ✨: 10 kali sehari setiap orang. Baki keluar bawah butang. Had habis? Buka bahagian ChatGPT bawah butang ✨. Tekan "Salin arahan", paste dalam ChatGPT yang dah pasang otak AI.
Hasil ✨ untuk Threads. Siap copy.Kad WhatsApp lead baru. Isi kotak dulu.
4Minggu pertama: 7 tugas
Cara paling laju dapat lead pertama. Tick bila siap.
Hari 1: install app, pasang otak AI.
Hari 2: pilih target dan keyword. Setup akaun dan auto-reply.
Hari 3: 3 post Threads, 5 komen.
Hari 4 dan 5: carousel pertama.
Hari 6 dan 7: video pertama.
Minggu pertama. Tick satu demi satu.
5300 idea topik
30 kumpulan, 10 idea setiap satu.
Tekan satu idea, carousel terus terisi.
Idea 🔖 untuk save dan share. Idea 💬 untuk komen keyword.
Bila guna: bila tak tahu nak post apa.
300 idea dalam 30 kumpulan.
6🎨 30 gaya carousel
Setiap coach pilih gaya sendiri. Carousel tak sama dengan orang lain.
Tulis teks 6 slide dengan NEO, kerja "Carousel 6 slide". Atau biar AI tulis ikut topik.
Tekan satu gaya. Isi @akaun, keyword dan topik. Paste teks slide.
Tekan "Salin prompt gaya ini". Paste dalam ChatGPT atau Gemini, dengan gambar anda sendiri.
Minta slide 1 dulu, lepas tu slide 2 sampai 6.
Post di Facebook? Pilih Facebook. CTA tukar jadi "DM saya" sendiri.
Tanda air iMEGAFIT dah ada dalam prompt. Buat di Canva? Download PNG tanda air, latar gelap atau cerah.
Prompt gaya dalam English. Teks slide kekal bahasa anda.
Terus di NH Studio:
Buka gaya, tekan tab "NH Studio". Pilih pakaian wanita atau lelaki.
Copy tiga kotak: Tajuk, Penerangan, Scene.
Paste dalam NH Studio, mod Carousel, nisbah 4:5. Setting Text Template ikut gaya.
Soul 5 NC, Nano Banana Pro 7 NC setiap slide.
Gaya dengan lencana NH keluar rupa penuh. Gaya lain keluar versi foto dan teks.
Guna PNG tanda air khas NH dalam gaya tu. Jangan paste prompt ChatGPT dalam NH Studio.
30 gaya carousel. Pilih satu.Satu gaya dibuka. Isi, copy, paste.Tab NH Studio. Setting dan tiga kotak untuk NH.
7🚀 50 formula viral
5 kumpulan: hook, struktur, format, algoritma, follower.
Setiap formula ada rumus, cara dan contoh.
Tekan "✨ Tulis post guna formula ni". BRENDA tulis post ikut formula tu.
Bila guna: nak kejar reach dan follower baru.
50 formula dalam 5 kumpulan.
8Contoh siap dan Lebih dalam
Contoh siap: hasil sebenar dalam suara dan pagar kita. Tiru rentak, tulis ayat sendiri.
Lebih dalam: semua aset penuh. Pek niche, arahan, gambar dan video AI, panduan, pagar, kalendar 30 hari dan metrik.
Tekan "Copy" pada aset. Orang sasaran dan keyword terus diisi dari profil.
Bahagian ni untuk bila dah selesa. Hari pertama tak perlu baca.
Contoh siap.Lebih dalam. Semua aset penuh.
9🎯 COI · Circle of Influence
Orang nampak hasil anda, mereka tanya "turun berapa kg?". Panel ni untuk jawab dengan betul.
Isi nama kawan dan kg anda sekali. Semua template terus terisi.
"Bila dia tanya": harga, soalan kesihatan, "nanti dulu".
Tekan "Salin mesej" atau "WhatsApp". Link daftar anda dah ada dalam mesej closing.
Payment dan coaching, coach yang urus.
Mula malam ni: tulis 5 nama untuk setiap bulatan. Baca "8 Rules COI" dulu.
Isi nama dan kg sekali. Pilih bulatan.Template terisi. Salin atau terus WhatsApp.
5. TikTok Live: 100 tajuk, skrip 30 minit
Live cara paling laju bina kepercayaan. Bahagian ni ada dalam tab Kit. Baca "Peraturan LIVE" sekali sebelum live pertama. Akaun anda aset.
16 panduan: buka dan baca
Peraturan LIVE: syarat 18 tahun ke atas, 1,000 follower, akaun aktif 30 hari. Ada 10 perkara jangan buat.
Cara closing dan CTA: closing 60 saat, ulang setiap 8 hingga 10 minit. CTA: tekan beg biru, atau komen keyword.
Setting beg biru: ciri Get Leads TikTok untuk akaun bisnes. Penonton isi nama dan nombor dalam TikTok. Tiada nombor di skrin.
Setting board dan green screen: board 3 baris, green screen di telefon atau komputer.
Rangka live 30 minit: ikut jam, dengan 3 closing.
Senarai semak: sebelum, semasa dan lepas live.
Awas: dalam live, tiada nombor telefon, QR atau harga. Muka kekal dalam frame. Jangan guna beg kuning TikTok Shop.
6 panduan. Tekan untuk buka.Peraturan LIVE, sebahagian.
2Pilih tajuk, dapat 10 point, dapat skrip
100 tajuk dalam 10 kumpulan, dari timbang sampai soalan lazim. Satu tajuk untuk satu live.
Tekan tajuk. Keluar 10 point. Nak live guna nota sahaja? Tekan "Salin 10 point".
Tekan "✨ Tulis skrip live penuh". Kad skrip live terus terisi. Tekan "✨ Tulis untuk saya".
Tunggu 1 hingga 2 minit. Skrip lebih kurang 2,000 patah, ikut jam, dengan 3 closing.
Jangan baca skrip perkataan demi perkataan. Baca sekali, tanda 3 ayat penting, live cara anda.
100 tajuk ikut kumpulan, sebahagian.10 point satu tajuk. Copy, atau tulis skrip penuh.
3Skrip siap
Skrip ikut minit: buka, masalah, closing 1, mekanisme, closing 2, langkah, soalan, closing 3. Ada board 3 baris dan 5 slide green screen.
Copy ke Notes. Buka di telefon kedua masa live.
Soalan teknikal live: taip soalan anda. Contoh: kenapa live saya tiada bunyi? AI jawab langkah demi langkah, dalam pagar kita.
Skrip siap ikut minit, dengan closing.Soalan teknikal. Tanya apa sahaja tentang setting.
Rutin live: 2 hingga 3 live seminggu, hari dan jam sama. Post story 1 jam sebelum live. Lepas live, 30 minit pertama balas setiap komen keyword di Inbox TikTok. Tanya target dulu, baru hantar link leads.
6. Pagar: 10 rule content
Pagar jaga akaun anda. Jenama iMEGAFIT dan Herbalife pun terjaga. Otak AI dan butang ✨ dah ikut pagar ni. Bila edit, anda pun kena ikut.
Tiada harga dalam post dan DM. Harga dalam WhatsApp sahaja, lepas tahu target dia.
Tiada nama produk. Sebut shake, nutrisi atau program 21 hari.
Tiada angka income. Cakap pasal sistem dan usaha.
Tiada janji kg. Cerita peserta boleh, tanpa nama. Tambah "hasil setiap orang berbeza".
Tiada claim ubat. Diabetes, PCOS, tiroid atau darah tinggi? Suruh rujuk doktor.
Minta izin untuk gambar, cerita atau nombor orang lain.
Satu CTA ikut platform. Instagram, Threads, TikTok dan LIVE: "Komen MULA". Facebook: "DM saya MULA".
Tiada desakan. Fakta tarikh boleh. Contoh: "Kemasukan bulan ni tutup 6hb".
Tiada body shaming.
Program tak dijual di TikTok Shop. Dalam live, guna beg biru atau komen keyword.
Langgar satu, post turun. Langgar berulang, kod Co-Coach boleh dikunci.
7. Soalan lazim
Butang ✨ tak ada, keluar "Pelan anda tanpa AI"
Pelan anda RM10 tanpa AI. Tekan "Salin arahan", paste dalam ChatGPT atau Claude yang dah pasang otak AI. Nak AI tulis dalam app? Tekan "✨ Naik taraf" di atas tab Kit.
Butang ✨ kata had hari ni dah habis
Had 10 kali sehari setiap orang. Esok buka semula. Nak terus kerja? Tekan "Salin arahan", paste dalam ChatGPT yang dah pasang otak AI.
✨ lama sangat, teks tak keluar
Post pendek ambil 10 hingga 30 saat. Skrip live 1 hingga 2 minit. Teks keluar sikit demi sikit, jangan tutup app. Lama sangat tiada apa-apa? Tekan "Versi lain". Talian lemah? Cuba WiFi.
Profil Kit hilang di telefon lain
Tekan "Simpan profil" sekali lagi di telefon baru. Pastikan ada internet masa simpan.
Landing tulis "Pendaftaran belum dibuka"
Langganan Kit belum aktif, atau Co-Coach masih Menunggu ID. Aktifkan langganan di tab Kit. Lepas tu landing terus buka.
Peserta dah bayar, tak nampak di tab Peserta
Dia kena hantar form di landing dulu. Resit boleh upload kemudian. Nama dia dalam "Dalam proses" sampai coach tekan "Sah bayaran". Tanya coach.
Bila Co-Coach dapat profit?
Lepas 3hb bulan berikutnya, bila peserta dah Dipesan atau Masuk season. Tiada potongan modal. Sejarah bayaran ada di tab Utama.
QR tak keluar di landing
Prospek dari negara lain. Dia nampak akaun bank coach, tanpa QR. Nak QR negara tu? Coach isi akaun negara tu di tab QR & Bank.
Nombor prospek kata "dah didaftarkan"
Nombor sama dalam season sama. Coach tekan "Tolak" atau "Buang" pada rekod lama, baru daftar semula.
Satu telefon, nak daftar family
Buka link landing yang sama. Tekan "Daftar untuk orang lain".
Prospek Sabah tanya kenapa RM440
Advance RM430 tambah RM10 postage. Postage RM10 untuk Sabah, Sarawak dan Labuan.
Tersilap tekan Sah
Tekan "Batal sah" selagi belum masuk iMEGAFIT dan belum pos.
Saya coach, tersilap buka link daftar Co-Coach
Form tanya "Anda coach iMEGAFIT?". Tekan "Masuk pintu Coach". Coach tak perlu daftar Co-Coach.
Saya coach, Co-Coach tak nampak nama atau WhatsApp yang betul
Tab QR & Bank, bahagian "Contact team ikut negara". Isi nama dan WhatsApp untuk negara tu. Kosong? Co-Coach nampak akaun anda.
Saya coach, team di Singapore atau Indonesia
Tab QR & Bank: pilih negara, isi contact. Negara ni tiada link Herbalife. Co-Coach WhatsApp coach, coach daftarkan ID. Di tab Link, pilih negara dulu, baru copy link daftar.
Beg biru tak keluar di TikTok
Perlu akaun bisnes, 18 tahun ke atas dan 1,000 follower. Update app TikTok, tunggu 1 hingga 2 hari. Tanya THOMAS. Belum keluar juga? Guna komen keyword dulu.
Boleh guna bahasa lain?
App ada BM, English dan Indonesia. Auto ikut negara. Semua isi Kit ada dalam Bahasa Indonesia. Bahasa hasil ✨ set di setiap telefon. Landing pun ada 3 bahasa.
App saya versi lama?
Tak perlu buat apa-apa. App update sendiri. Tengah guna? Keluar butang "Kemas kini" di bawah skrin. Tekan bila dah siap kerja. Tak perlu delete atau install semula.
Sesi tamat atau keluar sendiri
Login semula. Co-Coach guna kod dan telefon. Coach guna ID Herbalife dan password iMEGAFIT. Co-Coach login di telefon lain? Telefon lama keluar sendiri.
Ada soalan lain?
Co-Coach tanya coach: resit, order, harga dan soalan kesihatan peserta. Butang WhatsApp coach ada di tab Kit, paling bawah. Langganan Kit dan hal admin: Mila.